Hishamuddin Perlu Jawap Dakwaan Nazri – Puad Zarkashi
NAZRI MENGAKU, HISHAMUDDIN TIDAK MENAFIKAN.
Oleh Dr Puad Zarkashi
Tidak salah mengulas mengenai parti sendiri secara terbuka? Di zaman internet, Jangan hipokrit dan jangan apologatik?
UMNO parti berpengalaman. Bila pemimpin bersengketa, parti tidak terkubur kerana ahli UMNO istiqomah dan tahu menilai.
Mereka yang bersengketa sebenarnya mengutamakan survival politik masing masing.
Sebab itu akhirnya, yang tidak ikut keputusan jamaah, keputusan MKT dan keputusan PAU akan tenggelam dan lenyap.
Itu sifir mudah UMNO. Semua yang cuba berunding sendiri untuk survival sendiri tidak akan bertahan lama dalam parti.
Pengakuan Nazri Aziz
Nazri buat pengakuan terbuka. Dia dalang SD 25 MP UMNO yang sokong Hishamuddin jadi juru cakap jika dititah mengadap YDPA Agong.
Hishamuddin tidak menafikannya. Dia kekal membisu. Bolehlah disimpulkan dakwaan Nazri itu adalah benar.
Dengan kata lain mesti Hishamuddin merestuinya.
Surat Hishamuddin
Semalam tular surat Hishamuddin guna logo BN. Ia lengkap senarai anggota Kabinet baru.
Cepat pula wakil Hishamuddin nafi dan dakwa surat itu palsu.
Apa tujuan Hishamuddin mahu mengadap YDP Agong. Siapa bagi autoriti? Apa locus standi beliau.
Dia bukan Presiden, bukan Pengerusi BNBBC dan bukan ahli MKT.
Bukankah Presiden sudah mengadap YDP Agong. Kalau dia setia parti dia tidak akan buat perundingan lain. Itu merosakkan parti.
Sebab itu Hishamuddin tidak boleh mengelak dari berbagai persepsi. Kononnya dia takut didakwa, mahu jadi TPM dan power broker UMNO kepada PM 8?
Berani Buat Berani Tanggung
Hishamuddin kena terima persepsi tersebut. Berani buat berani tanggung. Berapa kali kerja belakang pintu tanpa restu parti mahu dibuat.
Di Sabah game siapa sehingga menyebabkan 21 Ketua Bahagian tinggalkan UMNO. Tinggal 3 orang yang istiqomah. Nyata UMNO Sabah tidak mati pun.
Ahli UMNO akan tolak apa sahaja tingkat laku politik yang mengenepikan keputusan parti. Mereka gali lubang kubur sendiri jika buat kerja power broker.
Sebelum itu Hushamuddin menulis satu artikel bertajuk “melangkaui politik dan pandemik”.
Hishamuddin melahirkan rasa kecewa kerana di saat getir, semua isu dipolitikkan. Katanya, politik tanpa batas tidak bawa kita ke mana-mana.
Apakah tindakan Nazri yang beliau restui itu bukan tindakan politiking terutama dari segi prinsip berjamaah dalam UMNO?
Dalam artikel itu Hishamuddin dakwa baling batu sembunyi tangan adalah langkah murahan demi kepentingan sendiri. Tanyalah diri sendiri.
Kalau mahu bertanggungjawab, kembali ke mainstream UMNO secara gentleman. Jangan rosakkan kebangkitan UMNO dengan game plan lain tanpa autoriti parti.
Nazri Perlu Dedah Nama 25 Sokong Hishamuddin