Isu Musang King Raub, Ketahui Fakta Sebenar


ISU PENGUATKUASAAN KE ATAS PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN KEKAL, KETAHUI FAKTA SEBENAR

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=HvOyhJYPpAM[/embedyt]

 


Mengenai isu penguatkuasaan ke atas pencerobohan tanah kebun di Raub ketika ini

Isu Musang King Raub

1. Ia tindakan bersepadu melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP), dengan mendapat kerjasama Polis.



2. Tempoh kerja-kerja penguatkuasaan bermula Sabtu, 3 Julai dan dijangka sehingga 2 Ogos 2021 atau selama kira-kira sebulan.

3. Operasi penguatkuasaan membabitkan kebun-kebun haram termasuk ditanami durian ‘Musang King’ dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam.

Berkeluasan kira-kira 250 ekar atau 101.17 hektar.

4. Operasi penguatkuasaan termasuk menahan mana-mana individu/pekebun yang memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam tanpa kebenaran.



Tindakan turut menyita apa juga barangan dan kenderaan.

Isu Musang King Raub

5. Semalam sahaja (Ahad, 4 Julai), 18 orang telah ditahan di Ibu pejabat Daerah (IPD) Raub untuk dibuat tahanan reman dan akan disiasat lanjut untuk diambil tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara dan Kanun Keseksaaan.

6. Sebelum itu pada Sabtu, 3 Julai, empat (4) ditahan – menjadikan yang ditahan dalam tempoh dua (2) hari lepas – 22 orang.

Isu Musang King Raub

7. Operasi penguatkuasaan ini ialah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tentangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai-pegawai dan kakitangan penguatkuasa.

8. Atas dakwaan kononnya operasi penguatkuasaan ini melanggar perintah Mahkamah Rayuan, ia sebenarnya tidak kerana kerja-kerja penguatkuasaan dilakukan di luar kawasan kebun durian yang dimaksudkan yang dimiliki oleh Royal Pahang Durian Resoruces PKPP Sdn Bhd.

9. Operasi penguatkuasaan ini serta kawasan dijalankan penguatkuasaan ialah setelah mendapat pandangan perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang (LA) Negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara ini ke Mahkamah Rayuan.

10. Saya berharap ini tidak dijadikan isu perkauman.

Kerana sebelum ini, kerja-kerja penguatkuasaan kita turut dilakukan di Sungai Ichat (terdapat pekebun India) dan Lembah Bertam (pekebun Cina), Cameron Highlands,serta di Kechau, Lipis (pelombong emas Melayu).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker