Syed Saddiq Dakwa Diugut Sejak 2020

 

YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau diugut agar menyertai Perikatan Nasional sejak 2020.

Syed Saddiq Dakwa Diugut Sejak 2020
Bekas Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

 

Beliau berkata demikian dalam video yang dinaikmuat di laman sosial miliknya.

Syed Saddiq mengatakan beliau diugut bermula Julai, Disember 2020, Januari 2021 dan yang terkini apabila beliau dihadapkan ke Mahkamah.

Sebagai Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq didakwa melakukan penyelewengan berjumlah RM1 juta tanpa kebenaran Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM.



 

Syed Saddiq
Sumber Foto – Google

 

Bagi tuduhan tersebut, Syed Saddiq berdepan dengan Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun apa yang menarik pemerhati politik ialah dakwaan ugutan terhadapnya.

Apabila tahu akan dihadapkan ke Mahkamah, barulah Syed Saddiq mendedahkan ugutan yang diterima.

Sebelum ini tidak pernah sekali bekas Menteri Belia & Sukan itu mengeluarkan apa apa kenyataan berkaitan ugutan terhadapnya.



Mengapa baru sekarang?

Benarkah dakwaan Perikatan Nasional yang memerintah sekarang menggunakan unsur ugutan bagi meraih sokongan bagi mempertahankan kedudukan?

 

Syed Saddiq

 

Umum mengetahui, kedudukan PN di Parlimen sekarang agak getir apabila UMNO telah mengeluarkan kenyataan rasmi menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penarikan sokongan tersebut disusuli 2 ahli Parlimen UMNO, Jerantut dan Cameron Highlands sekaligus mengurangkan lagi majoriti tipis PN dalam Parlimen.

Syed Saddiq sepatutnya mendedahkan siapa dari Perikatan Nasional yang menggugutnya.

Berpegang pada prinsip ‘Berani Kerana Benar’, sebaiknya Syed Saddiq mendedahkan nama serta apa habuan yang dijanjikan buat dirinya sekiranya menyokong PN.

Bak kata Najib Razak kepada Syed Saddiq “Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah”.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker