Azmin Kena ‘Tibai’, Bawa Keluarga Ke Turki

Azmin Kena Tibai, Bawa Keluarga Ke Turki
Menteri Kanan
DS Azmin Ali

 

Menteri Kanan, Datuk Seri Azmin Ali sekali lagi kena ‘Tibai’ dengan netizen kerana membawa keluarga ke Turki.

Netizen mempersoalkan bagaimana Azmin Ali boleh bersenang lenang di Turki bersama keluarga sedangkan rakyat Malaysia ‘dikurung’ dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1.

Beliau sebelum ini teruk dikritik netizen menerusi laman sosial seorang Menteri Austria. Dipercayai netizen melepaskan geram kerana tindakan Azmin menutup ruangan komen di laman media sosialnya.

Menerusi naikmuat oleh Turkey Local Guides, Azmin membawa keluarga melawat Hagia Sophia.



Bagaimanapun tulisan asal telah disunting pihak Turkey Local Guides selepas menyedari komen yang mengutuk Azmin Ali.

Azmin Kena Tibai, Bawa Keluarga Ke Turki
Status Asal Turkey Local Guides

Netizen yang meninggalkan komen turut meminta agar Local Turkey Guides menyimpan Azmin di negara tersebut kerana tidak diperlukan di Malaysia.

Ada juga yang mempersoalkan bagaimana Azmin boleh membawa keluarga bersama ke Turki.

Komen Netizen

“Wow…min (Azmin), cutikah? People dying in your country, you enjoying! #AzminOUT” – komen netizen



Azmin merupakan antara Menteri yang paling tidak popular berikutan pelaksanaan PKP 3.0 yang menyaksikan sektor kilang mendapat kelulusan beroperasi.

Komen Netizen

Angka kes melibatkan kluster kilang terus mencanak, namun Azmin menerusi MITI tetap memberi kebenaran beroperasi dan ini mendatangkan kemarahan rakyat.

Sehingga hari ini, Selangor masih menjuarai carta angka tertinggi kes covid19 di Malaysia.

Ada spekulasi yang menyatakan Azmin kecewa setelah Perdana Menteri tidak melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sejauh mana kebenaran spekulasi tersebut tidak dapat disahkan kerana Azmin turut mengucapkan tahniah kepada TPM yang baru dilantik Tan Sri Muhyiddin.

Zuraida Kena Balun Dengan Netizen

 

Related Articles

One Comment

  1. Nyaman palak dak menteri sinior tok…kita suruh stay home..nya senang lenang bergombiraa…cepat cepat bubar parlimen….

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker