Kepercayaan Tahyul Membawa Kepada Syirik

Syirik

 

Apa itu tathaiyur? Sebahagian org mesti pernah melakukannya dan sebenarnya, bertathaiyur itu adalah syirik. Contoh-contoh Tathaiyur:

– Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.



– Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.

– Ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur. (hakikatnya semua orang akan mati)

– Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.

– Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.



– TIdak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.

– Diberak burung kononnya ada rezeki.

– Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.

– Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.



– Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.

– Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.

– Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.

Syirik



Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)

Bahaya At-Tathayyur…



“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:

1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ

“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)



2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)

Wallahualam…🌱

Sumber – FB

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button