Tandatangan Noh Omar Kena ‘Lelong’

 

Tular tandatangan Tan Sri Noh Omar didakwa menyokong tindakan segelintir Ahli Parlimen BN yang melakukan sidang media pagi tadi.

Tindakan melelong tandatangan Noh Omar telah menimbulkan spekulasi kalangan penyokong UMNO.

Sidang media yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan pendirian mereka menyokong Tan Sri Mahiaddin Yassin.

 

Sidang Media

 

Bagaimanapun Noh Omar telah tampil menyatakan perkara sebenar sebalik tandatangan beliau yang disebarkan.

Noh menegaskan pagi tadi ada mesyuarat antara ahli parlimen BN dan beliau turut hadir dan menandatangani kehadirannya.

Malang sekali tandatangan tersebut dimanipulasi pihak tertentu bagi kepentingan mereka.

Siapa yang memanipulasi tandatangan Noh Omar? Apakah hanya Noh seorang sahaja yang dikenakan atau ramai lagi yang terkena?

Secara kebetulan pula pihak ROS sudah mula memberi tekanan kepada UMNO berkaitan pemilihan parti.

Konspirasi siapakah ini? Adakah Perikatan Nasional semakin terdesak menghampiri September bagi mengabsahkan kedudukan Muhyiddin?

Leave a Reply