Nazri Ibarat ‘Menyalak’ Didepan Cermin
Ahli Parlimen Padang Rengas, Dato Seri Nazri Aziz ibarat ‘menyalak’ didepan cermin bila mengeluarkan kata kesat terhadap Dato Sri Najib Razak.
Nazri yang dikenali sebagai seorang ‘flip flop’ dan tidak konsisten dengan ucapan, mungkin terlalu senang berada di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.
Beliau juga terpalit dengan kontroversi apabila pernah menyokong Anwar Ibrahim secara terbuka.
Beliau sendiri mengakui amat mengagumi kredibilti Anwar yang merupakan reformis.
Rekod Lidah Bercabang, Gelar Muhyiddin *A####G*
Nazri juga pernah menggelar Muhyiddin sebagai ‘An***g’, perlu menilai kembali dirinya.
Jika diri sendiri tidak mempunyai kualiti yang baik, maka tidak perlu mengeluarkan kata kata kesat terhadap Najib.
Ahli Parlimen Machang, Datuk Hj Ahmad Jazlan Yaakob yang membidas Nazri menyifatkan beliau seorang yang sukar dipercayai.
Bagi Puad Zarkashi, Nazri merupakan individu hipokrit.
Puad mempersoalkan Nazri yang sebelum ini mengakui telah mengutip tandatangan SD untuk dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
SD tersebut dari kebanyakan Ahli Parlimen BN menyokong Hishamuddin Hussein menjadi jurucakap mereka.
Semalam Menteri Besar Pahang, Dato Sri Utama Wan Rosdy menegur Nazri dan berpendapat perbuatan melemparkan kata kata kesat terhadap Najib AMAT BIADAP.
Nazri turut mengguris hati ramai penyokong Najib terutama dari Pahang.
Kebanyakan mereka masih menghormati bekas Perdana Menteri dan menyifatkan Nazri tidak setanding dengan Najib.
Mencari kontroversi bagi ‘menghidupkan’ nama dari tenggelam seakan sinonim dengan karektor Nazri.
Dengan mencari populariti murahan, Nazri beranggapan dirinya cukup popular dan mampu menjadi ahli politik yang akan dikenang sepanjang zaman.
Semasa berada dalam kabinet, tidak kurang kontroversi yang dicetuskan Nazri. Masih ingat kes Namawee?
Bukan sahaja etika pakaian dalam Parlimen disanggah Namawee, malah Nazri juga memberi sejumlah peruntukan kepada aktivis tersebut kononnya atas dasar seni.
Seharusnya Nazri mencermin dirinya sendiri sebelum sesuka hati mengeluarkan kata kata kesat terhadap orang lain.
Jika meletakkan moral sebagai garis panduan, boleh dianggap Nazri gagal melepasi ujian moral itu.
Adalah lebih baik BN memikirkan mencari calon lain untuk diketengahkan di Padang Rengas pada PRU15.
https://my-news.online/2021/08/09/catat-360-kematian-dalam-sehari-dan-85-bid-sah-kerajaan-gagal/