Muhyiddin Tiada Pilihan Melainkan Letak Jawatan
Tan Sri Muhyiddin Yassin kini tiada pilihan melainkan meletakkan jawatan beliau selaku Perdana Menteri.
Ini adalah susulan penolakan oleh Pakatan Harapan terhadap tawaran yang Muhyiddin kemukakan dalam perutusan petang tadi.
UMNO yang paling awal mendedahkan surat menarik sokongan kepada Muhyiddin.
Pakatan Harapan, MUDA, Warisan, Parti Sarawak Bersatu & UPKO telah mengeluarkan kenyataan menolak tawaran oleh Muhyiddin.
Muhyiddin yang dilanda krisis kepercayaan telah mengakui beliau telah hilang sokongan majoriti dilihat rakyat cuba melengahkan proses undi percaya di Parlimen.
Muhyiddin membuat kejutan apabila turut menawarkan jawatan setaraf Menteri Kanan kepada Ketua Pembangkang asalkan diberikan sokongan.
Kontroversi dan krisis ini perlu ditamatkan dengan penyelesaian yang tidak menganggu gugat Perlembagaan yang ditetapkan.
Rakyat sudah penat!!!
PM Interim, Nama Najib & Ku Li Kena Petik