PM Interim, Nama Najib & Ku Li Kena Petik

Najib Razak

 

Secara tiba tiba 2 figura UMNO menjadi buah mulut rakyat dan netizen bila membicarakan krisis sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Nama Dato Sri Najib dan YM Tengku Razaleigh popular bagi sebarang lantikan PM Interim jika berlaku perubahan kepimpinan negara.

Menurut laporan sebuah portal, undian yang mereka lakukan menunjukkan hasil yang mengejutkan. 77.8% mewakili 30,652 undian meletakkan Najib sebagai pilihan utama netizen.



 

 

Nama Ku Li pula turut menjadi pilihan netizen kerana rekod bersih serta pengalamannya dalam politik sangat baik.



Pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia dan merupakan antara tenaga penting penubuhan Petronas, Ku Li juga tidak pernah menyokong Perikatan Nasional sejak awal lagi.

 

Ku Li

 



Bagaimanapun rekod kecemerlangan pentadbiran Najib masih menjadi pilihan rakyat untuk mengembalikan Malaysia ke landasan ekonomi yang betul.

Fenomena #Bossku antara kunci yang banyak membantu UMNO dan BN memenangi Pilihanraya Kecil bermula dari PRK Cameron Highlands. 

“Najib mempunyai pengaruh besar dan suaranya masih dihormati” – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Sharkar Shamsuddin 

Menurut laopran sebuah lagi portal, nama Najib dan Ku Li timbul apabila keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mula dipersoalkan. 



Walaupun ada dakwaan mengatakan Perikatan Nasional masih mempunyai 115 sokongan di kalangan ahli parlimen, namun iaa diragui kesahihannya.

https://mykmu.net/2021/08/12/nama-najib-dan-ku-li-disebut-sebut-pm-interim/

Banyak penulisan telah mencabar agar Perikatan Nasional membuktikan 115 sokongan yang mereka dakwa, namun sehingga hari ini masih belum dibuktikan.

 



 

Menguatkan lagi dakwaan Muhyiddin sudah hilang majoriti apabila perjumpaan tergempar dilakukan semalam.

Dikatakan mesyuarat antara Muhyiddin bersama kepimpinan PN berlarutan sehingga malam, malah kenderaan yang membawa salah seorang Menteri Kanan dapat dirakamkan lensa jurukamera.



Khalid Samad Pelawa Muhyiddin Gabung

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button