Khalid Samad Pelawa Muhyiddin Gabung

Khalid Samad

 

Pemimpin AMANAH, Khalid Samad mempelawa Tan Sri Muhyiddin untuk kembali dan bergabung semula dengan Pakatan Harapan bagi mengukuhkan sokongan kepercayaan ahli parlimen.

Pelawaan tersebut dilakukan memandangkan kini Muhyiddin berdepan krisis hilang majoriti sokongan dari ahli Dewan Rakyat.



Kontroversi sokongan berlaku apabila UMNO menarik semula sokongan terhadap Muhyiddin selaras dengan ketetapan parti itu pada PAU 2020.

Dalam masa sama, Pakatan Harapan, Pejuang, Muda & Warisan turut mengambil langkah sama.

Sehingga semalam dikatakan Muhyiddin hanya ada kurang dari 100 sokongan ahli parlimen.

Berbeza pula dengan dakwaan Perikatan Nasional yang mengakui Muhyiddin masih mempunyai 115 sokongan ahli parlimen.



Kemusykilan mula timbul bila jumlah tidak menyokong Muhyiddin digabungkan dan timbul angka 120. Bagaimana Perikatan Nasional mahu menjelaskan lebihan sokongan sedangkan kerusi dalam Dewan Rakyat hanya ada 222?

Baca – https://my-tv.online/2021/08/11/siapa-15-budak-hitam-main-2-kolam-sokong-sana-sini/

Sebagai rekod, Muhyiddin pernah bersama dengan Pakatan Harapan selama 22 bula memerintah selepass memenangi PRU14.

Beliau juga dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri oleh Mahathir sepanjang Pakatan Harapan memerintah.



 

Khalid Samad

 

Pelawaan Khalid Samad Kepada Muhyiddin

https://premium.sinarharian.com.my/article/152911/fokus/semasa/muhyiddin-perlu-kembali-sokong-ph-bentuk-kerajaan-perpaduan-khalid-samad



“Muhyiddin kena meletakkan jawatan sebagaimana dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad tahun lalu, serah kembali kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menentukan siapa yang mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

“Dengan Muhyiddin kembali ke pangkal jalan, PH sudah cukup majoriti untuk bentuk kerajaan dan kami akan usahakan pula pembentukan kerajaan perpaduan dengan memujuk UMNO menyertainya” – Khalid Samad

Kesimpulannya kini tuduhan terhadap UMNO yang dikatakan mahu membentuk jajaran baru dengan PH tidak benar sama sekali sebaliknya PN yang dipelawa bergabung dengan PH.

Krisis Sokongan Muhyiddin, Mana Azmin Ali?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button