Nazri ‘SD’ Akan Sokong Siapa Jadi PM?
Datuk Seri Nazri Aziz turut digelar sebagai ‘Nazri SD’ menjadi tumpuan ramai berkaitan keputusannya dalam memilih calon baharu Perdana Menteri. Siapakah calon menjadi pilihan beliau kali ini?
Ahli Parlimen Padang Rengas itu seringkali tidak konsisten dalam pendirian politiknya, mungkin mempunyai pandangan istimewa buat Anwar Ibrahim.
Nazri sendiri sebelum ini pernah mengakui akan menyokong Anwar sekiranya Presiden PKR itu dilantik menjadi PM.
Malah beliau pernah menarik sokongannya kepada Muhyiddin pada Januari 2021 lalu, sebelum mengubah pendirian dan kembali menyokong bekas Perdana Menteri itu pada 2 Julai lalu.
Beliau dikatakan berbuat demikian kerana berpendapat Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO, telah bertindak ‘menikam’ UMNO dari belakang.
Rentetan dakwaan itu, pada 2 Ogos 2021, Nazri juga mengesahkan surat sokongan 30 Ahli Parlimen BN adalah sahih dan ia berada dalam simpanan Datuk Seri Ismail Sabri.
Baca juga – Nazri Perlu Dedah Nama
Bagaimanapun, segala persoalan kini bakal terjawab apabila selesai pertemuan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dengan ketua-ketua parti politik Malaysia.
Baginda akan membuat keputusan yang saksama, bijaksana dan tidak perlu diragui lagi oleh mana-mana pihak.
Paling sensasi kali ini, ke mana sebenarnya arah tuju Nazri selepas beliau melemparkan dakwaan terhadap Zahid? Sama ada beliau akur dengan keputusan parti atau akan turut mengalih sokongan yang membelakangkan parti, masih lagi menjadi persoalan ramai?
Kemungkinan Nazri kembali menyokong UMNO atau meninggalkan parti itu adalah hak peribadinya dan beliau bebas membuat keputusan yang sebaiknya.
“Saya Kaget Dan Terhina Dengan Tawaran” – Anwar Ibrahim