Perikatan Nasional Ada Pilihan Selain Ismail Sabri?

Senarai calon PM 9

 

Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada gabungan PPBM, PAS, MCA, MIC, GPS, GRS dan 2 wakil Bebas dikatakan mungkin ada calon lain selain Ismail Sabri Yaakob. 



Tempoh yang ditetapkan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong akan tamat pada pukul 4 petang ini.

Setakat ini, hanya UMNO yang telah mengumumkan nama calon yang mereka pilih menerusi Mesyuarat MKT UMNO malam tadi.

Tiada perkara yang mustahil jika melihat tingkah laku Perikatan Nasional yang secara tiba-tiba memberi sokongan terbuka kepada Ismail Sabri walaupun sedar beliau tidak mewakili mana-mana parti dalam gabungan PN.

 



Konflik Dalaman PPBM Dijangka Meledak
Foto Hiasan

 

Adakah ini sebahagian daripada percaturan politik yang menguntungkan kedudukan PPBM kelak? 

Jika dihitung jumlah sokongan diperolehi Ismail, beliau dikatakan dengan mudah akan mendapat lebih daripada 105 sokongan.

Namun, percaturan sebenar politik hanya akan termaktub selepas pengumuman Yang DiPertuan Agong.



Tidak mustahil PN boleh menamakan semula Tan Sri Muhyiddin memandangkan banyak suara netizen memberi penilaian positif kemampuan beliau menangani situasi semasa.

Turut menjadi perhatian utama, Muhyiddin sendiri telah berjanji tidak akan sama sekali berkompromi dengan kleptokrat.

Dalam ucapan terakhir sebagai Perdana Menteri, beliau turut memberi jaminan tiada campurtangan dalam urusan Mahkamah bagi kes tertentu.

Ini pastinya satu khabar yang baik kepada negara dan rakyat.



Muhyiddin dalam rakaman ‘langsung’ itu, menyatakan beliau hanya mahu bekerja untuk rakyat.

Inilah antara kunci kehebatan serta ciri-ciri yang disukai oleh rakyat selain seringkali berdoa demi kesejahteraan Malaysia.

Agak musykil dalam amalan berpolitik, sesebuah parti politik tidak mahu sebarang keistimewaan diberikan kepada mereka jika ada ruang dan peluang berbuat demikian.

Apapun diharapkan semua parti politik akan mengakhiri krisis ini dengan segera dan kembali fokus untuk kesejahteraan rakyat serta pembangunan ekonomi yang agak lama terjejas.



 

Ura-ura Najib PM, Bursa Malaysia Naik

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button