Tembelang ‘Broker’ Main 2 Kolam Akan Terbongkar

 

Broker Penentu PM9

 

Dalam ribut politik yang melanda tanahair, ada juga pihak yang ‘menangguk di air keruh’ umpama menahan belat di genting sungai.

Sebagaimana sifatnya belat yang tidak kelihatan di dalam air, pihak ‘Broker’ ini akan mengguna pakai apa sahaja kaedah untuk kepentingan sendiri.

Apatah lagi jawatan itu merupakan jawatan nombor satu di dalam politik Malaysia.

Sebelum percaturan lebih besar dilakukan, rundingan menang-menang perlu diadakan dalam kalangan mereka yang terbabit.

Ini bagi memastikan sebarang kecacatan atau kelemahan dilindungi seterusnya menjamin imej bersih ditampilkan kepada rakyat.

Carta MalaysiaKini

Enggan Jadi Mangsa Politik Atau Mahu Selamatkan Diri?

Siapa yang mahu menjadi buruan sekiranya ada dakwaan berbaur politik dengan sengaja dikenakan terhadap mereka selepas tidak lagi mempunyai pengaruh politik?

Saban waktu perkara berkenaan dijadikan paparan utama di dada akhbar hanya kerana tersilap percaturan dan tidak mendapatkan ‘perlindungan’ sewajarnya sebagaimana dimahukan.

Mereka hanya mahu menikmati waktu pencen politik dengan tenang tanpa ada sebarang gangguan.

Ini pentingnya peranan menjadi ‘Broker’ penentu PM, selain terjamin kehidupan mereka akan terus mempunyai pengaruh dalam perjalanan politik tanahair selama mana mereka mahukan.

Bayangkan untuk berkompromi bagi menjamin undi kepada PM, sudah pasti ada syarat diletakkan bersama sebagai jalan keluar sekiranya tidak lagi diperlukan dalam politik.

Mengambil kira sensitiviti rakyat semakin celik IT dan peka dengan keadaan semasa, para ‘Broker’ perlu memikirkan strategi licik menyembunyikan kecenderungan politik kepartian mereka.

Siapa yang mereka mahukan dan siapa pula perlu dikorbankan juga disusun atur dengan berhati-hati.

Kita tidak boleh menuduh siapakah mereka tetapi gelagat serta kelakukan mereka secara sendiri akan terserlah dengan permainan politik yang gagal.

Jika selepas calon Perdana Menteri Ke-9 diumumkan dan mereka GAGAL mempengaruhi keputusan, watak sebenar ‘Broker’ akan muncul.

Pada ketika itu, rakyat sendiri boleh menilai sejauh mana keikhlasan mereka ini yang kononnya mahu berkhimat kepada rakyat.

Sedang hakikatnya, hanya mahu kekal dengan jawatan dan kuasa yang dijanjikan sebagai timbal balik untuk undian.

Siapa 15 ‘Budak Hitam’ Main 2 Kolam, Sokong Sana Sini?

Leave a Reply