Teka Teki Kabinet Semakin Hangat
Sebelum Perdana Menteri dinamakan, teka teki senarai kabinet telah tersebar dengan pelbagai spekulasi. Bermacam versi senarai ditularkan melalui media sosial menimbulkan pertanyaan, adakah semua ini satu agenda merencatkan peralihan atau sekadar propaganda.
Nama Panas
Nama-nama panas seperti Azmin Ali, Hamzah Zainuddin, Hishamuddin Hussein, KJ, Adham Baba serta ramai lagi dijangka kekal namun bertukar posisi.
Paling mencuri perhatian kedudukan Azmin Ali yang dikatakan akan diangkat sebagai Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri.
Tidak kurang juga nama Hamzah Zainuddin yang cuba diselitkan ke jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan.
Respon awal dari media sosial berkaitan dua nama tersebut agak kurang bagus. Rekod perkhidmatan dan politik yang tidak memberangsangkan menjadi kriteria penilaian netizen dan rakyat.
Azmin Ali & Hamzah Antara Sebutan
Azmin, bekas Timbalan Presiden PKR yang menggerakkan ‘Sheraton Move’ dikatakan tidak cukup setia dan tidak mempunyai penyokong dalam PPBM, namun disebabkan Muhyiddin ‘terhutang budi’ maka beliau diletakkan dalam senarai.
Melihat prestasi Azmin selaku Menteri Ekonomi (Pakatan Harapan) dan kemudiannya Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI) tidak lah begitu bagus.
Ini juga dinilaikan rakyat serta ahli PPBM sendiri. Malah, kedudukan beliau sekarang dalam PPBM merupakan ‘ihsan’ kerana Azmin tidak perlu bertanding didalam pemilihan parti.
Hamzah Zainuddin, memenangi kerusi Larut di atas tiket BN namun beliau antara yang paling awal menukar haluan dan memilih keluar UMNO.
‘Lompat’ ke PPBM serta dikenali sebagai ‘operator’ bagi memujuk sebilangan ahli parlimen UMNO untuk turut serta menyertai PPBM.
Menjadi Setiausaha Agung PPBM selepas berlaku krisis dalaman, Hamzah agak stabil dalam PPBM dan berjaya mengumpul kekuatan sokongan.
Apa Nasib Timbalan Presiden PPBM?
Namun demikian, timbul juga persoalan dikalangan netizen, dimanakah kedudukan Timbalan Presiden PPBM? Apa nasib Faizal Azumu yang langsung tidak disenaraikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri?
Adakah kerana hubungan baik beliau dengan Mukhriz Mahathir menjadi tembok penghalang? Atau kerana kesetiaan beliau kepada Muhyiddin tidak diyakini?
Bekas Menteri Besar Perak yang nampak semakin diketepikan kini seperti tidak wujud untuk jawatan besar dalam kabinet. Mengikut senarai ‘Sulit’ yang tersebar, Faizal Azumu hanya dilantik sebagai Menteri biasa-biasa saja.
PM Penentu Senarai Kabinet
Segalanya terserah kepada YAB Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan senarai kabinet beliau. Seeloknya dalam keadaan sekarang, kabinet tidaklah lebih dari 10 orang dan fungsi Kementerian perlu digabungkan bagi meminimakan perbelanjaan membayar gaji Menteri.
Rakyat menanti senarai kabinet Ismail Sabri dengan penuh minat dan akan memberi pandangan mereka jika ada ketidaksesuaian yang mereka fikirkan.