Azmin Paling Layak Jadi Menteri Dalam Kabinet
Perkembangan terbaru dalam senarai kabinet mungkin akan menamakan Dato Seri Azmin Ali sebagai salah seorang Menteri bagi mentadbir Malaysia.
Melihat kepada rekod lampau beliau dalam politik, pengalaman luas dimiliki Azmin menunjukkan kemampuannya bergandingan dengan PM sebagai Menteri Kabinet.
Rekod Azmin di Parlimen Gombak cukup cemerlang. Dalam PRU12, Azmin berjaya memenangi kerusi Gombak buat pertama kali menewaskan calon BN dengan majoriti 6,867. Tidak berpaling lagi, Azmin terus menang pada PRU13 dan kekal pada PRU14 dengan majoriti lebih besar.
Selain itu rekod Azmin sebagai ADUN Hulu Kelang juga tidak kurang hebatnya. Bermula pada PRU10, Azmin sudah menjadi pilihan pengundi Hulu Kelang.
Pengalaman politik Azmin juga tidak boleh dipandang rendah. Bermula tugas sebagai Pegawai Khas Anwar Ibrahim, beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Peribadi kepada Menteri Pendidikan ketika itu.
Azmin menjadi Menteri Besar Selangor pada 2014 berikutan peletakan jawatan Khalid Ibrahim. Kecemerlangan Azmin sebagai MB Selangor tidak boleh diperlekehkan. Beliau brejaya membawa Selangor ke dimensi baru perkembangan ekonomi yang lebih baik selama mentadbir.
Jawatan selaku Menteri Ekonomi semasa Pakatan Harapan memerintah juga tidak kurang hebatnya. Perkembangan ekonomi Malaysia menjadi penanda aras kemampuan Azmin bekerja dalam satu pasukan.
Semasa Perikatan Nasional memerintah, Azmin masih mengekalkan kemampuan beliau di MITI. Para pelabur yang menyakini Azmin memberi komitmen untuk melabur di Malaysia dalam skala agak besar.
Diplomasi Azmin dalam rundingan dengan pelabur juga agak baik dan kebolehan ini amat diperlukan untuk kabinet baru bakal. dibentuk tidak lama lagi..
Percayalah, Azmin sebenarnya merupakan ‘Anugerah Tuhhan’ untuk semua rakyat Malaysia dan kemampuan beliau akan terus dikenang.
Tidak menghairankan sekiranya Azmin dinamakan semula dalam senarai kabinet yang akan dipersembahkan Ismail Sabri kepada DYMM Seri Paduka Baginda Agong.
Rakyat perlu menerima Azmin sebagai seorang Menteri yang berwibawa dan penuh komited bagi membantu Ismail Sabri memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas teruk.
Jaminan Pakatan Harapan Buat Ismail Sabri