Rekrut GSDF Jepun didakwa sebabkan dua maut dirujuk kepada pendakwa raya
Rekrut GSDF Jepun didakwa sebabkan dua maut dirujuk kepada pendakwa raya

TOKYO: Seorang rekrut Pasukan Pertahanan Diri Darat (GSDF) dirujuk kepada pendakwa raya pada Khamis kerana disyaki membunuh, sehari selepas menembak tiga tenaga pengajar semasa latihan menembak peluru hidup di tengah Jepun, dengan dua daripadanya maut, lapor Xinhua.
Rekrut lelaki berusia 18 tahun itu ditahan di lokasi selepas didakwa melepaskan tembakan ke arah tiga anggota GSDF semasa latihan dalaman di lapang sasar di wilayah Gifu pada pagi Rabu.
Insiden itu menyebabkan seorang pengajar berusia 52 tahun dan seorang lelaki berusia 25 tahun maut dan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun dimasukkan ke hospital, menurut polis.
Sumber penyiasatan berkata suspek memberitahu polis bahawa dia menyasarkan lelaki berusia 52 tahun itu dan “tidak berniat” untuk membunuh mangsa lain yang menghalang laluannya dengan mangsa.
Sesi latihan itu melibatkan kira-kira 120 petugas, termasuk kira-kira 70 rekrut dalam sesi latihan untuk mereka memperoleh kepakaran menggunakan senapang serangan yang biasa digunakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah
- 2 DIN Terkebil-Kebil Dalam Parlimen Bila Di Belasah PM
- UMNO undang kecelakaan jika pengkhianat dibawa masuk semula
Menurut GSDF, ia adalah latihan kelima dan terakhir bagi suspek
Maklumat lanjut, termasuk hubungan peribadi antara rekrut dan mangsa, sedang disiasat.
Pada sidang akhbar pada hari kejadian, ketua turus GSDF Jeneral Yasunori Morishita berkata pelatih itu menyertai pasukan itu pada April dan merupakan anggota dalam rejimen yang sama dengan tiga staf kanan yang bertanggungjawab dalam latihan berkenaan.
“Sebagai organisasi yang mengendalikan senjata, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku,” kata Morishita. – BERNAMA-XINHUA
Rekrut GSDF Jepun didakwa sebabkan dua maut dirujuk kepada pendakwa raya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi
- Berhenti Dari Menjadi Jurucakap Pengkhianat UMNO
- Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir
- Mukhriz akan bertanding di Kedah jadi Calon MB?