Siklon Biparjoy semakin hampir, Pakistan, India pindahkan lebih 150,000 orang

Siklon Biparjoy semakin hampir, Pakistan, India pindahkan lebih 150,000 orang

Siklon Biparjoy semakin hampir, Pakistan, India pindahkan lebih 150,000 orang
Seorang lelaki menunggang motosikal melalui jalan digenangi air di Mandovi sebelum ketibaan taufan Biparjoy di negeri barat Gujarat, India. – Foto REUTERS

ISLAMABAD: Pihak berkuasa di Pakistan dan India telah memindahkan lebih 150,000 orang berikutan siklon Biparjoy semakin menghampiri kawasan pantai kedua-dua negara, kata pegawai pada Khamis.

Menurut Jabatan Meteorologi Pakistan, siklon itu bergerak ke arah wilayah selatan Pakistan, termasuk bandar pelabuhan Karachi dan berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta hujan lebat mulai hari ini.

Setakat ini, 81,925 orang dari daerah Badin, Thatta, Sujawal dan Malir telah berpindah ke tempat selamat, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA) Sindh.



Anggota tentera darat dan laut telah ditugaskan di kawasan pantai untuk membantu pentadbiran tempatan dalam aktiviti pemindahan dan bantuan.

Kem bantuan dan perubatan juga telah dibuka di Badin, Thatta, Sujawal dan Malir untuk memberi bantuan kepada mereka yang hilang tempat tinggal.”Memandangkan semua tindakan untuk menyelamatkan nyawa di kawasan impak siklon yang dijangkakan membadai sebelum atau menjelang tengah hari, kami mengharapkan penduduk di kedua-dua sempadan selamat dalam bencana itu,” kata Menteri Perubahan Iklim Pakistan Sherry Rehman di Twitter.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau




Pihak berkuasa juga menasihatkan nelayan supaya tidak keluar ke laut terbuka sehingga siklon itu berakhir pada 17 Jun.

Menurut Agensi Anadolu, Jabatan Meteorologi Pakistan berkata berdasarkan kedudukan angin peringkat atas sedia ada, ribut siklon Biparjoy yang sangat kencang berkemungkinan besar akan bergerak lebih jauh ke utara sehingga pagi Khamis.

Pusat amaran siklon PMD, Karachi sentiasa memantau sistem dan akan mengeluarkan maklumat terkini sewajarnya dan menambah hujan lebat dan ribut petir boleh berterusan sehingga 16 Jun.

Menurut kerajaan Gujarat, lebih 74,000 orang dari lapan daerah pesisir pantai telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.



“Kewaspadaan sepenuhnya diambil oleh kerajaan negeri untuk melindungi rakyat daripada kehilangan nyawa dan harta benda akibat ribut,” menurut kerajaan.

Mesej audio dan video WhatsApp mengenai langkah berjaga-jaga dan keselamatan turut dihantar kepada penduduk.

Jabatan Meteorologi India pada Khamis meramalkan siklon kuat itu bergerak ke arah timur laut dan merentasi Saurashtra dan Kutch serta pantai bersebelahan Pakistan antara Mandvi (Gujarat) dan Karachi (Pakistan) berhampiran Pelabuhan Jakhau (Gujarat) menjelang petang Khamis dengan membawa ribut pada kelajuan angin maksimum 115-125 hingga 140 kmsj.” – BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Siklon Biparjoy semakin hampir, Pakistan, India pindahkan lebih 150,000 orang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button