Aliff Syukri dan Isteri Dikritik lakon babak Palestin


USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi cetuskan kontroversi apabila dia dan isteri Datin Seri Shahida melakonkan semula babak keadaan genting di wilayah bergolak, Palestin.

Ternyata tindakan kurang sensitif pasangan ini berjaya menuai pelbagai kritikan hebat daripada netizen, yang menganggap lakonan semula itu tidak wajar dilakukan.

Menerusi video tersebut, pasangan suami isteri ini melakonkan watak beraksi seolahnya sedang diserang pengganas Zionis sambil giat mencuba selamatkan diri dengan berlatar belakang bunyi tembakan senapang.

“Inilah keadaan di Palestin..inilah hero penyelamat negara.” tulis Aliff Syukri ringkas menerusi akaun Twitter miliknya.

Meninjau ruangan komennya mendapati ramai pelayar Twitter tampil memberikan komen dan menggesa agar Aliff Syukri lebih cakna dengan apa yang terjadi di sana dan tidak menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu jenaka.

Terdahulu, Aliff turut mencipta laluan kontroversi yang tidak perlu apabila muncul dengan video pendek memaparkan beliau memegang dan memeluk wanita bagi mempromosikan tudung keluarannya, AS Hijab.

Hasil, pelbagai kritikan dilempar oleh Netizen antaranya, keluarga sinting (kurang cerdik) selain komen, Allah dah bagi cukup tp teringin pula nak jadi cacat. “

Leave a Reply