Jelutong kena gantung dua hari
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon mengarahkan RSN Rayer (PH-Jelutong) keluar Dewan Rakyat dan menggantung wakil rakyat DAP itu selama dua hari daripada menghadiri sidang.
Rashid membuat keputusan itu selepas Rayer enggan menarik balik perkataan “memalukan” yang dianggap tidak sopan yang ditujukan kepadanya.
“Saya mengarahkan Jelutong keluar Dewan, dua hari (gantung),” kata Rashid.
fmt