Belum Cukup 14 Hari, Gadis Terpaksa Makan Di Dalam Kereta

Tentunya ramai yang seronok untuk dine-in di restoran setelah sekian lama tidak dapat melakukannya sebelum ini. Namun lain pula yang berlaku pada gadis ini apabila dia terpaksa menjamu selera dari dalam kereta sahaja sementara menunggu yang lain selesai makan di restoran itu.

Lebih melucukan, gadis ini juga siap makan seorang diri di dalam kereta sambil membawa pinggan restoran. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagatnya ini yang terpaksa makan di dalam kereta gara-gara tidak cukup tempoh 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu dia telah pun menerima dos kedua vaksin namun masih belum cukup tempoh 14 hari. Oleh itu, dia masih lagi tidak dapat untuk menjamu selera di restoran seperti ahli keluarganya yang lain.

Apa yang menarik perhatian ialah gadis itu turut sama menjamu selera dari dalam kereta manakala ahli keluarganya dilihat berada di dalam restoran. Lebih melucukan, gadis itu juga siap membawa masuk pinggan restoran itu di dalam kereta untuk menjamu selera.



Menariknya, lokasi kereta diletakkan betul-betul bersebelahan dengan meja di mana ahli keluarganya sedang menjamu selera. Malah ada netizen yang berseloroh situasi yang dialami oleh gadis itu seolah-olah dia sedang menikmati drive-thru seperti di restoran makanan segera.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dialaminya ini. Malah ada juga yang pernah melalui situasi sama. Ada juga yang berseloroh memberikan pesanan meminta gadis itu untuk tidak lupa memulangkan semula pinggan yang diambilnya itu.

Jangan terbawak balik pulak pinggan

Dapat port parking sebelah meja gitu pun dah terbaik dah

Sumber : Himpunan Cerita Lawak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker