Ketua Pembangkang kini jadi Menteri ‘flip flop’

 

Dengan menandatangani MoU antara Kerajaan dan Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim telah mengesahkan Ketua Pembangkang kini menjadi Menteri ‘flip flop’.



Dato Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen Port Dickson yang juga Ketua Pembangkang bertafar Menteri telah mengesahkan beliau merupakan individu yang tidak boleh dipercayai sama sekali.

rujukan – ANWAR KINI BERTARAF MENTERI

Tawaran untuk Ketua Pembangkang dinaiktaraf sebagai Menteri pertama kali diusulkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika krisis kepercayaan melanda bekas Perdana Menteri itu.

Dikatakan pada ketika itu Muhyiddin terdesak mengkalkan jawatannya sebagai PM lantas menawarkan apa yang boleh bagi menjamin kedudukannya.



Anwar yang menyatakan tawaran tersebut sebagai penghinaan kepadanya merujuk kepada kesukaran yang dihadapi rakyat ketika ini.

Beliau membidas tawaran tersebut kerana enggan dilihat sebagai seorang rakus kuasa dan mementingkan dirinya sedangkan rakyat tidak berada dalam keadaan terumbang-ambing.

rujukan – JAWATAN MENTERI SATU PENGHINAAN – KETUA PEMBANGKANG

ANWAR BERUBAH NADA SELEPAS NAIK TARAF

Bagaimanapun seusai menandatangani MoU semalam lain pula nada Anwar Ibrahim yang memuji transformasi yang dilakukan kerajaan.



“PH akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang dengan menekankan isu tatakelola kerajaan yang baik serta ketegasan membasmi rasuah.

“Wajar ditegaskan tuntutan supaya pembangkang diberi layanan setimpal dan akan memainkan peranan sewajarnya dalam menyemak dan mengimbangi pihak Eksekutif.

“Kami akan sentiasa lantang memperjuangkan keadilan untuk rakyat,” – Anwar Ibrahim

KETUA PEMBANGKANG TERIMA KEMUDAHAN SETARAF MENTERI

Antara kandungan MoU ialah cadangan penambahbaikan serta Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.



Sangat mudah Anwar berubah nada dalam sekejapan bila merasakan ada keberuntungan untuk bersama kerajaan yang akur kepada desakan pembangkang.
 
Sikap ini agak membingungkan penyokong Pakatan Harapan dan mula mempersoalkan motif sebenar Anwar yang kini semakin cenderung kepada kerajaan.
 
Adakah ini petunjuk Anwar sedang bersedia membawa PKR keluar daripada Pakatan Harapan dan menyertai PN bagi menjamin impiannya untuk menjadi Perdana Menteri yang selama ini gagal dilaksanakan walau PH pernah memenangi PRU?
 
 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button