Sukar cari mangsa tertimbus kerana batu besar

 

Kerja memindahkan batu besar masih dijalankan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) operator jengkaut yang tertimbus dalam runtuhan batu kuari di Kampung Tanjung Durian, Seniawan, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Tawang Lingem, berkata operasi itu bersambung semula jam 8.45 pagi hari ini dalam hujan.

“Kerja pemindahan batu besar dilakukan empat jengkaut milik syarikat kuari bagi mengalihkan bongkah batu. Bomba memantau keselamatan di lokasi bagi memastikan keselamatan daripada runtuhan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian petang semalam, bongkah besar batu yang runtuh menimbus sebuah jengkaut dan operator yang bekerja di kuari itu.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau menerima laporan berhubung kes itu jam 3.18 petang.

bh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker