Ebit Lew bantu peniaga ‘online’ yang hilang tangan

Sebak sayu sangat rasa ziarah adik Siti Nur Azizah yang disamun ketika kerja jual online dan menghantar barang dengan motor.

Cedera parah sehingga tangan kanan kena dipotong sehingga bahu. Motornya dicuri.

Saya hadiahkan Iphone dan sedikit wang tunai buat adik ni dan maknya. Adik ni baik sangat. Dia tiada hp untuk buat online berniaga di instagram.



 

Nanti saya tag di instagram buat yang membeli padanya. Ayah meninggal dunia 3 tahun lepas.

Semenjak itu Nur Azizah kerja berniaga online live bundle dari 3tahun lepas. Tak sekolah kerana nak bantu keluarga.



Syukur ada ramai juga yang membantu. Saya bersama ketua blok dan jiran-jiran tadi ziarah adik ni. Saya kongsi doa dan amalan saat diuji.

Semoga Allah rahmati keluarga adik Nur Azizah. Ya Allah jagakanlah keluarga ini.

Ebit Lew



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button