Pantun ‘Katak’ Azalina, ada yang sentap? (video)

 
Pantun ‘Katak’ yang dibacakan Datuk Seri Azalina dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat menarik perhatian ramai. Pantun tersebut dipercayai ada membuat ahli parlimen lain agak ‘sentap’.
 
Transformasi Pentadbiran dengan mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Lompat Parti disifatkan wajib dan wajar dilakukan secepat mungkin.
 
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana tindakan lompat parti oleh Ahli Parlimen boleh berlaku pada bila-bila masa.
 
 
 
“Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, atas konsep demokrasi kita kena wujudkan Akta Lompat Parti”
 
“Tetapi Akta Lompat Parti ini bahayanya satu sahaja, dia lompat apa pun sebab kerana dipecat, kerana digabungkan, kerana bila tak suka dia pergi lah”
 
Azalina sebelum ini telah menghantar notis cadangan usul ‘RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021’ kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
 
 

Leave a Reply