Pelajar maut kemalangan dengan treler

Pelajar maut kemalangan dengan treler

Pelajar maut kemalangan dengan treler
Pelajar lelaki maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar treler di simpang tiga kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam. – Foto IHSAN PEMBACA

BUKIT KAYU HITAM: Seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun, maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar treler di simpang tiga kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 2.20 petang tadi.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan treler dan motosikal Y15Z, yang ditunggangi pelajar lelaki berkenaan.



“Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dipandu lelaki berusia 48 tahun itu, yang bergerak dari arah jalan utama menghala ke Temin, membelok secara tiba-tiba untuk ke simpang sebelah kanan dan melanggar motosikal mangsa yang bergerak dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, remaja lelaki terbabit cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra (HJ) untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Rodzi berkata, hasil siasatan mendapati, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu treler ketika memasuki simpang.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 dan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ditahan untuk pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).



Beliau juga meminta saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Kubang Pasu di talian 04-9172222.

Suami maut, isteri parah dirempuh kereta penyeludup ketum

Pelajar maut kemalangan dengan treler


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker