PM Muhyiddin adakan pertemuan dengan pemimpin parti politik PN

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan parti politik Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilihat tiba di hotel yang menjadi venue pertemuan itu di sini pada kira-kira 12.20 tengah hari tadi.

Ini diikuti beberapa pemimpin PN lain, antaranya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Wee yang ditemui pemberita berkata mesyuarat itu adalah pertemuan biasa sebelum sidang Dewan Rakyat bermula esok.



“Biasalah sehari sebelum Parlimen bersidang kita akan bincang aturan-aturan mesyuarat (Dewan Rakyat),” katanya.

Pertemuan secara tertutup itu berlangsung dalam norma baharu dengan kesemua yang hadir termasuk petugas media mematuhi prosedur operasi standard seperti memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.

— BERNAMA

KAF JAWAP ISU ‘SEDEKAH PAKSA’ YANG TULAR DI MEDIA SOSIAL




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading