Nabila Huda mahu timang cahaya mata

Nabila Huda

Dalam diam-diam pelakon popular Nabila Huda turut menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata kedua.

Nabila yang mesra disapa Abil meluahkan kerinduan itu di ruangan komen di Instagram pelakon Syatilla Melvin yang mengumumkan khabar gembira mengenai kehamilan ketiganya, semalam.

Menurut pengacara Melodi TV3 itu, dia meminta pelakon terbabit mendoakan agar dia dikurniakan cahaya mata.



“Alhamdulillah. Seronoknya Tilla (panggilan Syatilla). Doakan Abil juga tau,” tulisnya.

Komen yang ditinggalkan Nabila turut mendapat reaksi positif daripada peminat yang sama-sama mendoakan agar pelakon itu dikurniakan anak kedua.

Syatilla turut membalas komen itu dan percaya rezeki Nabila untuk hamil lagi akan dipermudahkan. “Insya-Allah Abil. Moga ada rezeki Abil merasai lagi nanti. Amin,” katanya.

 



Menerusi perkahwinan kedua Nabila bersama ahli perniagaan, Mohd Izwan Johar pada Disember 2015, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, menerusi perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada 2008, Nabila dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia 11 tahun.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker