Bakal Mahasiswa maut digilis lori

 

Seorang penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Pagoh, Johor meninggal dunia digilis lori selepas motosikal ditunggang terjatuh akibat bergesel dengan kenderaan terbabit di Jalan Hutan Percha di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pada kemalangan jam 9.50 pagi, Taufik Hidayat Mohd Rasul, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Katanya, siasatan mendapati, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal berasingan dengan bapanya dari arah Hutan Percha ke Taman Melaka Perdana.

“Menurut bapanya, mangsa menunggang Honda manakala bapanya menunggang motosikal lain. Mereka dalam perjalanan pulang ke kediaman di Taman Melaka Perdana.

“Mangsa dipercayai memotong daripada kiri lori terbabit sebelum bergesel dengan kenderaan itu menyebabkannya terjatuh,” katanya pada kenyataan.

Mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker