Siapa sebenarnya yang mahu Sri Perdana diubahsuai?

 

 



Siapa sebenarnya yang mahu Sri Perdana diubahsuai semasa negara sedang dalam keadaan sukar?

Ini persoalan besar yang perlu dilihat dari pelbagai sudut pandang dan bukan memberi alasan bangunan perlu dinaiktaraf.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM38.5 juta sebenarnya boleh ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi rakyat dan negara kembali pulih. 

Adakah menaik taraf Sri Perdana itu terlalu penting bagi rakyat?



Alasan Sri Perdana sangat perlu dinaiktaraf kerana berusia 22 tahun sangat dangkal kerana waktu pandemik covid melanda, berapa ramai pemimpin asing, diplomat asing yang perlu diberikan sambutan di kediaman rasmi Perdana Menteri?

Pemikiran mudah rakyat, sebuah bangunan berprestij seperti Sri Perdana semestinya akan diselenggarakan setiap bulan oleh kontraktor yang dilantik. Syarat penyelenggaraan sudah pasti perlu dipenuhi kontraktor bagi memastikan ia mencapai standard yang ditetapkan.

Sekiranya sebuah bangunan mengalami kerosakan kecil serta perlu diperbaiki, itu merupakan kerja kontraktor penyelenggara. Hanya kerja pembaikan ‘besar’ memerlukan bajet lain yang perlu diluluskan terlebih dahulu.

 



 

Projek menaiktaraf Sri Perdana difahamkan lulus pada Mac 2021 dan kerja menaiktaraf dijangkakan siap pada Disember 2021.

Mengikut maklumat yang dikeluarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), JKR membuat skop kerja baik pulih termasuk pendawaian serta kebocoran atap Kompleks Sri Perdana.



Tidak ada dinyatakan mengenai penggantian perabot atau perkara lain didalam kenyataan itu.

Kenyataan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad ini sekaligus menyangkal dakwaan yang dilemparkan terhadap Najib yang kononnya telah membawa keluar perabot dari Sri Perdana.

Persoalan yang perlu dijawap ialah syarikat mana yang telah memperolehi kontrak membaik pulih yang diluluskan sebanyak RM38.5 juta itu?

Adakah syarikat yang beralamat Pandan Indah yang memperolehi kontrak tersebut?



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button