Idris Haron akan gantikan Pengerusi PN Melaka?
Oleh Bakhtiar Omar
Ada desas desus menyatakan Idris Haron akan dilantik menggantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka selepas beliau tidak lagi menjadi ahli UMNO.
Semalam politik negara dikejutkan dengan tindakan 4 Adun Melaka yang diketuai Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron.
Idris Haron bersama 3 lagi ADUN telah mengisytiharkan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Ali sekaligus menimbulkan konflik politik.
Dengan penarikan sokongan Idris dan 3 lagi Adun, secara automatik kerajaan sediada telah hilang majoriti membentuk kerajaan negeri.
Pecahan kerusi DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA mengikut parti pada 2 Januari 2021
- UMNO – 14
- PPBM – 3
- Pakatan Harapan – 11
Selepas Idris Haron bersama seorang lagi wakil rakyat Umno menarik sokongan kini kerusi UMNO hanya ada 12. Samada sokongan daripada PPBM kepada Ketua Menteri masih kekal atau berubah, ia tidak dapat dipastikan lagi.
Bagi PPBM pula tidak diketahui status mereka samada Norhizam Hassan Baktee masih kekal bersama atau bebas.
IDRIS MAHU PAKATAN HARAPAN DIBERIKAN PELUANG TADBIR MELAKA
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Idris Haron, beliau mahu supaya Pakatan Harapan diberikan peluang mentadbir Melaka.
Agak mengejutkan apabila pendirian Idris terhadap PH begitu mudah bertukar dan dipercayai ini semua ada kaitan dengan keinginan Idris kembali ke Sri Negeri sebagai Ketua Menteri dengan sokongan PH.
Dari sudut pandangan lain pula, kelihatan perancangan menjatuhkan Sulaiman Ali dengan alasan demi kepentingan rakyat hanyalah retorik politik yang sengaja dinaratifkan.
TANGAN ‘GHAIB’ MAIN WAYANG?
Malah ada yang berpendapat ada ‘tangan ghaib’ yang sedang mempermainkan kedua-dua pihak Pakatan Harapan dan blok Idris Haron. Menanti masa yang sesuai untuk tampil dan menyingkirkan Idris yang kini status keahlian UMNO tidak diketahui.
Jika berjaya perancangan ini maka mudah bagi ‘perancang’ menakluk Melaka kerana Idris kini tidak boleh mangakui mewakili Umno lagi dan sudah pasti pada PRU15, tiada kawasan akan diberikan kepadanya.
Sebenarnya apa alasan yang boleh diterima dengan tindakan ‘Blok Idris Haron’ ini? Apakah mereka berempat sekadar mahu KM memastikan nama mereka tidak disingkirkan pada PRU15 atau mereka termakan muslihat musuh politik?
Persoalan paling besar yang rakyat Melaka sendiri fikirkan, berapa ‘nilai’ yang mereka terima sebagai laba untuk menukar kerajaan Melaka? Sebaiknya pihak SPRM cuba ‘risik risik’ akaun bank persendirian atau proksi 4 ADUN Melaka itu.
“Sultan Melaka mangkat”,kerajaan negeri terus bergolak
penafian – artikel ini adalah sumbangan penulis dan tidak mewakili MyTvOnline, segala komen dibawah risiko sendiri.