Pakatan Harapan akan kalah PRN Melaka?

DUN Melaka

 

 



Pakatan Harapan kini dalam dilemma kalah sekiranya berlaku PRN Melaka dalam masa terdekat.

Semasa Pru14, Pakatan Harapan beroleh kemenangan berbekalkan manifesto serta sokongan langsung daripada penyokong PPBM.

Dengan hanya 11 kerusi, Pakatan Harapan kini terpaksa menumpukan kerusi di kawasan kaum cina yang tegar DAP bagi mengekalkan kemenangan.

 



Rekod PRU14 DUN Melaka

Untuk meletakkan harapan kepada PKR dan AMANAH yang hanya ada 2 kerusi sangat tidak berbaloi bagi mengambil alih kerajaan negeri.

PAKATAN HARAPAN AKAN KEHILANGAN SOKONGAN BESAR

Adly Zahari (AMANAH) penyandang kerusi N17 Bukit Katil dijangkakan akan berdepan masalah besar mempertahankan majoriti 3,159 yang dimenangi pada Pru14.

Jika mengambil kira undi di Dun Bukit Katil, Adly akan berdepan dengan cabaran besar sekiranya PN meletakkan calon di kerusi sama.



DAP dijangkakan akan kehilangan undi pengundi Cina berikutan isu lambang parti yang akan digunakan mewakili mereka dalam PRN kelak.

Sebagai rekod, pada PRU14, Pakatan Harapan menggunakan lambang PKR untuk bertanding.

Masih belum ada kata putus dari pimpinan tertinggi PH mengenai lambang yang akan digunakan nanti.



Kesedaran rakyat mengenai ‘penipuan’ serta ‘kemungkaran’ yang dilakukan AMANAH semasa mengambil alih pemerintahan di Putrajaya akan turut memainkan peranan kekalahan PH dalam PRN Melaka ini.

Apa lagi janji yang akan ditaburkan oleh Pakatan Harapan kali ini kepada rakyat Melaka?

DUN Melaka dibubarkan, PRN bakal diadakan

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button