Kapal Hong Kong, Panama ditahan bersauh secara haram

Kapal Hong Kong, Panama ditahan bersauh secara haram

Kapal Hong Kong, Panama ditahan bersauh secara haram
Dua kapal dari Hong Kong dan Panama ditahan di Perairan Johor Timur kerana bersauh tanpa kebenaran, semalam. NSTP/Ihsan Maritim Malaysia

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua kapal asing kerana bersauh secara haram di perairan Johor Timur, di sini, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam, berkata bot ronda Maritim melakukan penahanan pertama terhadap kapal pengangkut dari Hong Kong, kira-kira jam 1 petang pada kedudukan 23.9 batu nautika timur laut Tanjung Siang.

“Selepas pemeriksaan, mereka didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.



“Kapal pengangkut tanpa muatan itu dikendalikan 19 kru lelaki termasuk nakhoda warga Filipina dan China berusia 25 hingga 53 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Najib berkata, penahanan kedua membabitkan kapal tangki dari Panama pada kedudukan 31 batu nautika timur laut Tanjung Gemoh, pada jam 4.10 petang kerana melakukan kesalahan sama.

Katanya, kapal tangki itu dikendalikan 25 kru lelaki termasuk nakhoda warga Ukraine, Pakistan, Iran, Georgia, India, Filipina dan Russia berumur lingkungan 27 hingga 53 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran atau kelulusan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.



“Maritim Malaysia ingin menegaskan kepada pemilik, pengusaha perkapalan serta nakhoda kapal supaya sentiasa memastikan segala peraturan yang ditetapkan dipatuhi kerana tindakan akan diambil tanpa kompromi,” katanya.

Kapal tangki Russia ditahan bersauh tanpa kebenaran

Kapal Hong Kong, Panama ditahan bersauh secara haram




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button