Pengarah syarikat didakwa kemuka dokumen palsu jual, lupus mesin terpakai hampir RM3 juta

Pengarah syarikat didakwa kemuka dokumen palsu jual, lupus mesin terpakai hampir RM3 juta

Pengarah syarikat didakwa kemuka dokumen palsu jual, lupus mesin terpakai hampir RM3 juta

Kuala Lumpur: Seorang pengarah syarikat pengeluar getah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada syarikat Grant Thornton Malaysia PLT berhubung penjualan mesin terpakai yang tidak wujud berjumlah hampir RM3 juta, dua tahun lalu.

Tertuduh, Wong Ping Kiong, 60, yang juga Pengarah Goodway Rubber Industries Sdn Bhd, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.



Mengikut pertuduhan pertama, wanita itu didakwa memberi dokumen Debit Note GIIB Rubber bertarikh 30 Disember 2019, membabitkan jumlah RM2.95 juta kepada pengurus audit syarikat Grant Thorntorn, Tam Siew Ping, yang mengandungi butiran palsu berhubung penjualan enam unit mesin terpakai, sedangkan penjualan itu tidak berlaku dan bertujuan untuk mengelirukan Grant Thorntorn.

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama dengan memperdayakan Grant Thorntorn membabitkan satu lagi dokumen berjumlah RM2.95 juta yang mengandungi butiran palsu, iaitu kebenaran diberikan kepada Goodway Rubber Industries bagi pelupusan mesin terpakai sama, sedangkan pelupusan itu tidak berlaku.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Grant Thornton Malaysia, Sheraton Imperial Court, Jalan Sultan Ismail, di sini, antara Januari dan Februari 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 (2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Di mahkamah sama, seorang lagi Pengarah syarikat itu, Tai Boon Wee, 63, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan Ping Kiong berhubung pelupusan mesin terpakai pada lokasi dan tarikh serupa.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 18 akta sama dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(2) akta serupa yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai yang palsu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, menawarkan jaminan RM100,000 bagi setiap tertuduh untuk semua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan dikurangkan antara RM30,000 dan RM50,000 dengan alasan kedua-dua anak guam memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan dijalankan SPRM, selain tiada risiko melarikan diri.



“Mereka merupakan pengarah syarikat dan mempunyai kepentingan bagi membersihkan nama mereka daripada pertuduhan-pertuduhan ini.

“Saya juga akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mempertimbangkan pertuduhan dihadapi anak guam,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan Ping Kiong serta Boon Wee masing-masing diikat jamin RM60,000 dan RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berdekatan, selain menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan kes. – BERNAMA

 



Peniaga baju terpakai maut kemalangan

Pengarah syarikat didakwa kemuka dokumen palsu jual, lupus mesin terpakai hampir RM3 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said




 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading