“Zaman BN adalah zaman terbaik kepada rakyat” – Najib Razak

Najib Razak

Dato Sri Najib Razak mengingatkan kepada rakyat khususnya di Melaka bahawa zaman BN adalah zaman terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di Masjid Tanah semasa membuat ‘walkabout’ dan beramah mesra dengan rakyat di Melaka.

Najib sempat menikmati sarapan pagi di sebuah restoran di Pengkalan Balak bersama warga tempatan dan minum petang di Lubok China sebelum pulang ke Ibukota.



Najib sempat menyeru petugas BN di PRN Melaka untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN kerana kemenangan pada Pilihanraya Negeri ini akan memberi impak baik untuk Umno dan BN.

Beliau meminta para pengundi berfikir dan menilai perbezaan ketika zaman pemerintahan PH dan PN berbanding BN.

PH pernah memerintah Malaysia selepas memenangi PRU14 lepas dan Melaka juga pernah dikuasai PH selama 22 bulan namun akhirnya tumbang.

Manifesto PH yang banyak MENIPU RAKYAT wajar diingatkan kepada pengundi agar tidak tertipu lagi dengan janji manis Pakatan Harapan.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button