Fathia berdendam dengan Aiman

 

Oleh Pena Merah

 

Makin panas, dalam pengakuan terbaharu, Fathia Latiff mendakwa masih menyimpan dendam atau ‘grudge’ terhadap aktor, Aiman Hakim Ridza, yang juga bekas kekasihnya.



Melalui perkongsian bersama Caprice dalam rakaman podcast, semalam, Fathia atau nama sebenar, Nur Fathia Abdul Latiff, 36, mengaku belum ‘move on’ (meneruskan hidup) selepas putus cinta dengan Aiman.

“Iya, saya ada dendam. Saya tidak mencintainya lagi, tetapi, saya ada dendam,” katanya pada sesi temubual itu yang dimuat naik Caprice di Instagram (IG), hari ini.

Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman, namun, perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan menikahi pelakon, Zahirah MacWilson pada 20 Februari 2020.



Fathia mengaku memuat naik foto Aiman kerana dirinya seorang selebriti.

“Dia seorang selebriti. Saya boleh muat naik apa sahaja yang saya suka. Dia selebriti dan ‘public figure’. Ramai orang guna foto ‘public figure’ di seluruh dunia. Jadi, mengapa saya tidak boleh guna?” katanya.

Apabila ditanya Caprice tindakan mencetuskan kontroversi sebagai suatu provokasi dan mengganggu rumah tangga Aiman dan Zahirah, Fathia berkata:

“Saya tidak tahu bagaimana tindakan itu mengganggu. Bagaimana pula awak tahu tindakan itu suatu provokasi?” katanya.



Caprice kemudian menjawab:

“Sebab dia suami orang.”

Tambah pelakon yang popular menerusi drama Ariana Rose itu, Aiman pernah menjadi sebahagian daripada hidup dan dekat dalam hatinya.

“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Kami bersama lima tahun. Saya fikir tidak salah muat naik sesuatu mengenai seseorang yang pernah berada dalam hati saya,” katanya.



Fathia sebelum ini mencuri perhatian apabila mendakwa Aiman masih menyimpan cinta terhadapnya.

Menerusi hantaran IG, Fathia memuat naik foto bersama Aiman yang didakwa dirakam pada 2014 dengan keterangan gambar boleh mengundang kontroversi dan kecaman.

Sebelum ini, Fathia hangat diperkatakan apabila memberi komen paras Zahirah persis bibik atau pembantu rumah.

Fathia mendakwa dia lebih cantik dan bagus berbanding Zahirah kerana pernah memenangi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016.



Selepas Zahirah, Fathia yang kini bekerja di sebuah firma guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya, Zarina Anjoulie.

SUMBER – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading