Putin sokong pelan damai China bagi Ukraine

Putin sokong pelan damai China bagi Ukraine

Putin sokong pelan damai China bagi Ukraine
(Gambar: AFP/GREG BAKER, Gavriil GRIGOROV )

MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin, dalam wawancara yang diterbitkan pada Rabu (15 Mei), berkata beliau menyokong rancangan China untuk menyelesaikan krisis di Ukraine.

Beliau menambah bahawa Beijing memahami apa yang berlaku di sebalik krisis tersebut.

Encik Putin, ketika bercakap kepada agensi berita China, Xinhua, menjelang lawatannya ke Beijing minggu ini, berkata Rusia terbuka untuk mengadakan dialog dan rundingan bagi menyelesaikan konflik yang sudah berlaku selama lebih dua tahun itu.



Rancangan China dan “prinsip-prinsip” yang didedahkan kepada awam oleh Presiden China Xi Jinping bulan lalu, mengambil kira faktor di sebalik konflik tersebut, kata Encik Putin.

“Kami positif dalam penilaian kami terhadap pendekatan China untuk menyelesaikan krisis di Ukraine,” kata Encik Putin, menurut transkrip bahasa Rusia di laman web Kremlin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon PM: Muhyiddin Tipu Hadi Atau PPBM Tipu PAS




“Di Beijing, mereka benar-benar memahami puncanya dan makna terhadap geopolitik global.”

Dan prinsip tambahan, yang ditetapkan oleh Encik Xi dalam perbincangan bersama Canselor Jerman Olaf Scholz, merupakan “langkah yang realistik dan konstruktif” yang “membangunkan idea tentang keperluan untuk mengatasi mentaliti perang dingin”.

Beijing mengemukakan kertas 12 perkara lebih setahun lalu, yang menetapkan prinsip umum untuk menamatkan perang, namun tidak menjelaskan secara terperinci.

Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov bulan lalu mengatakan cadangan tersebut “rancangan munasabah yang dicadangkan China untuk dibincangkan.”



Prinsip tambahan Encik Xi mencadangkan supaya langkah-langkah untuk “menyejukkan” keadaan dilaksanakan, iaitu syarat untuk mengembalikan keamanan dan mewujudkan kestabilan, serta mengurangkan kesan ke atas ekonomi dunia.

Sebuah “sidang puncak keamanan” dijadualkan di Switzerland pada Jun. Meskipun demikian, Rusia tidak dijemput, yang menolak inisiatif itu sebagai tidak bermakna dan menyatakan perbincangan harus mengambil kira “realiti baharu”.

China sudah menghadiri beberapa rundingan bagi sidang kemuncak tersebut, dan Ukraine berusaha untuk memujuk China agar menghadirinya.
Sumber : Reuters/AE/ae

Putin sokong pelan damai China bagi Ukraine

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button