‘Beliau’ akan jadi calon PEJUANG di PRN Melaka?
Dikenali dengan gelaran YB ‘Beliau’, Datuk Norhizam Hassan Baktee dikatakan akan menjadi calon tunggal Parti PEJUANG di PRN Melaka.
Menurut maklumat yang didapati, perjumpaan Norhizam bersama kepimpinan PEJUANG telah berlangsung secara senyap-senyap di satu lokasi yang dirahsiakan.
Bekas Adun Pengkalan Batu itu akan berdepan dengan calon baru DAP sekiranya terus kekal mempertahankan kerusi tersebut.
Bagaimanapun Norhizam dijangkakan tidak berdepan masalah sekiranya hanya DAP sahaja yang meletakkan calon.
Risiko kehilangan kerusi akan berlaku jika UMNO meletakkan calon dan mendapat sokongan senyap dari PAS setempat.
DAP sebelum ini menolak Norhizam kembali ke Pakatan Harapan selepas beliau meninggalkan parti itu sebelum ini.
Walaupun Norhizam merupakan antara ‘arkitek’ pembubaran DUN Melaka bersama 3 bekas Adun lagi, hanya 2 daripada mereka diterima menjadi calon PH.
DAP yang telah memperkenalkan calon mereka bagi 8 kerusi DUN mempertaruhkan seorang anak muda yang berkelulusan tinggi.
Norhizam pernah mengakui telah berjumpa dengan Tun Mahathir sebelum ini bersama 3 lagi yang lain. Beliau memberitahu Mahathir tertarik dengan gerak kerjanya membantu rakyat dan menjadi contoh baik sebagai wakil rakyat.
Mungkin kriteria itu yang dicari PEJUANG bagi menggambarkan perjuangan parti itu kepada Melaka selain menjadikannya sebagai ‘tikus makmal’ bagi menguji sejauh mana penerimaan rakyat terhadap PEJUANG.
Pakatan Harapan muktamad agihan kerusi Melaka