‘SUARA VIRAL 2.0’ JANJIKAN PERUBAHAN MANTAP

'SUARA VIRAL 2.0' JANJIKAN PERUBAHAN MANTAP

‘SUARA VIRAL 2.0’ JANJIKAN PERUBAHAN MANTAP

‘Suara Viral 2.0’ yang merupakan sebuah pertandingan nyanyian program realiti terbitan Astro Prima. Program ini bermatlamat mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian tanpa mengira latar belakang bagi mewarnai persada seni hiburan tanah air.

Penyertaan untuk musim kedua kini diluaskan kepada seluruh rakyat Malaysia dan warganegara yang memiliki status Pemastautin Tetap (PR) berumur 18 tahun ke atas. Peserta juga boleh menonjolkan bakat terpendam secara solo, duo, berkumpulan dalam bentuk band, busker atau penyertaan keluarga yang tidak melebihi enam orang ahli.



Seiring dengan perubahan trend hiburan semasa, program ‘Suara Viral 2.0’ bakal memperkenalkan pembaharuan daripada segi format serta senarai tarikan utama yang melibatkan barisan juri dan hos sebagai kelainan segar untuk terus kekal relevan.

Program ini bakal menyaksikan empat penghibur tersohor tanah air dengan latar belakang portfolio seni yang bukan calang-calang iaitu Dato’ Hattan, Haqiem Rusli, Aina Abdul dan Marsha Milan yang diberi mandat untuk menduduki kerusi Juri Tetap. Sementara itu, seorang Juri Jemputan dan seorang Juri Viral yang terdiri daripada barisan selebriti tanah air juga turut diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai barisan Juri Tetap bagi mengadili persembahan para peserta.

Bagi memberikan kelainan agar tidak klise, pelawak versatil yang cukup sinonim dengan teknik lawak tiru gaya atau impersonate, Danial Zaini serta pelakon dan penyanyi muda terkenal, Naim Danial diberi kepercayaan untuk menghidupkan pentas utama ‘Suara Viral 2.0’selaku Hos.

Selain itu, ‘Suara Viral 2.0’ juga turut membawa masuk khidmat dan kepakaran Cikgu Siti Hajar selaku Guru Vokal dan Alam Wakaka selaku Guru Persembahan Pentas untuk memberikan bimbingan kepada para peserta musim ini.



Format penjurian untuk edisi kali ini pula akan menggunakan sistem liga yang ditentukan berdasarkan pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Seramai enam peserta yang akan berentap secara kalah mati untuk setiap pusingan selama tujuh minggu. Juara mingguan secara automatik akan mara ke peringkat suku akhir untuk bersaing sekali lagi bagi menempah tempat ke pusingan akhir.

Hanya empat finalis terbaik sahaja yang akan terpilih untuk beraksi di episod kemuncak bagi merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Bagi menambahkan lagi keunikan musim terbaharu, ‘Suara Viral 2.0’ juga akan memperkenalkan konsep ‘Tangga Viral’ yang mana setiap peserta dikehendaki memulakan persembahan masing-masing dengan berdiri di kedudukan anak tangga teratas. Peserta juga perlu menyambut cabaran untuk menyanyi dalam suasana yang berlatarkan bayang silhouette bagi menambat hati juri berdasarkan kemantapan vokal dan bakat nyanyian semata-mata

Jika juri terhibur dengan persembahan tersebut, mereka boleh menekan butang ‘buzzer’ yang berfungsi untuk menyalakan lampu di setiap anak tangga sekaligus akan mempamerkan wajah peserta dengan jelas.



Untuk makluman, penerbitan ‘Suara Viral 2.0’ turut disokong oleh aplikasi Astro Go dan Gempak selaku Rakan Digital Rasmi. SINAR juga turut hadir sebagai Rakan Radio Rasmi.

‘SUARA VIRAL 2.0’ JANJIKAN PERUBAHAN MANTAP

 

‘Beliau’ akan jadi calon PEJUANG di PRN Melaka?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading