SHUIB AKUI KESUKARAN JADI BAPA TUNGGAL

SHUIB AKUI KESUKARAN JADI BAPA TUNGGAL

Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya. Kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia dan begitu juga dengan dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa.

“Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita,” demikian ujar pelawak Shuib Sepahtu yang mengakui masih susah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ayah tunggal, selepas pemergian Allahyarham isteri, Siti Sarah Raissudin yang kini sudah masuk tiga bulan.



Kehilangan isteri nyata memberikan kesan buat Shuib apabila setiap perkara pasti akan berkongsi bersama. Bahkan seperti seluruh dunianya pergi bersama. Namun begitu, Shuib bersyukur kerana emosi anak-anaknya masih berada dalam keadaan terkawal buat masa ini.

Kongsi Shuib lagi, dia akan menziarahi pusara Siti Sarah pada setiap Isnin dan Jumaat bagi meluahkan perasaannya. Masih lagi berehat, Shuib juga masih belum memasuki pejabat selain sudah dua bulan tidak bekerja.

Shuib turut mendedahkan bahawa dia sering berjumpa dengan doktor peribadi yang menjaga isterinya dahulu pada saban minggu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.



Dalam pada itu, pelawak berkenaan turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang baik dan selalu membantu menjaga anak-anaknya.

Apa-apa pun, semoga Shuib terus kuat.

SHUIB AKUI KESUKARAN JADI BAPA TUNGGAL


Disyorkan Untuk Anda :


Mustahil boleh puaskan semua pihak – Najib



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button