FASHA ADAKAN SAMBUTAN BIRTHDAY JEMYMA

FASHA ADAKAN SAMBUTAN BIRTHDAY JEMYMA

FASHA ADAKAN SAMBUTAN BIRTHDAY JEMYMA – ANAK NORA DANISH JUGA TURUT SERTA

“My seven 7.11 baby, Cinta hati ibu, my BFF Rasa macam cepat sangat sayang ibu besar I love you sweetheart, Semoga membesar menjadi anak yang baik dan solehah ya sayang. Kita buat majlis sederhana ya sayang, asalkan sayang ibu happy. Terima kasih family dan teman rapat Jemyma untuk doa, hadiah dan ucapan.

“Happy birthday sayang ibu I love you babygirl @putrirayshajemyma #jemymaturns7,” tulis pelakon Fasha Sandha yang baru-baru ini telah mengadakan sambutan majlis hari jadi buat anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang kini sudah genap usia 7 tahun.

Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan berkongsi momen menarik sepanjang majlis tersebut di akaun media sosial Instagram miliknya.

Di samping menitipkan ucapan, Fasha turut rasa syukur kerana berkesempatan meraikan ulang tahun kelahiran anak keduanya itu dalam sebuah majlis yang diadakan serba ringkas bersama keluarga.

Turut kelihatan ialah anak pertama kepada pelakon Nora Danish iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang ada bersama bagi meraikan majlis. Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan pujian apabila melihat hubungan baik yang terjalin di antara kanak-kanak itu.

“Reyqal bagus betul didikan parents dia.syg adik adik dia.” – “Bagus laa reyqal pun join birthday adik.” – “Suka tgk anak2 semua bersatu atas 1 silaturahim..,” komen beberapa wargamaya.

FASHA ADAKAN SAMBUTAN BIRTHDAY JEMYMA


Disyorkan Untuk Anda :


 

Leave a Reply