Bojan tabik pemain KL City
Bojan tabik pemain KL City
KUANTAN: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City, Bojan Hodak memuji komitmen tinggi yang dipersembahkan pemainnya apabila menewaskan Sri Pahang FC 1-0 di Stadium Darul Makmur, semalam.
Hodak berkata kemenangan itu mengesahkan skuad itu muncul juara Kumpulan A, sekali gus mempamerkan prestasi cemerlang di peringkat kumpulan tanpa tewas dalam enam perlawanan.
“Bagi saya, KL City bukan pasukan yang besar tetapi boleh melakukan kejutan pada saingan Piala Malaysia musim ini. Oleh itu, saya mengharapkan semua pemain dapat mengekalkan prestasi mereka pada saingan suku akhir,” katanya.
Pada perlawanan itu, gol tunggal pemain tengah, Zhafri Yahya pada minit ke-83 memastikan KL City mengutip tiga mata, sekali gus muncul juara Kumpulan A
Mengulas gol yang dijaringkan oleh Zhafri, beliau berpuas hati dengan sumbangan pemain tengah itu dalam membantu pasukan beroleh kemenangan.
Dengan status juara Kumpulan A, KL City akan berdepan dengan jiran tertangga, Selangor FC pada saingan suku akhir piala berprestij itu.
Bojan tabik pemain KL City
Disyorkan Untuk Anda :
- “Saya yakin kemenangan kepada BN” – Latipah Omar
- Kesetiaan Rauf kualiti terbaik untuk Melaka – Shahaniza
- PRN MELAKA: PH TUKAR PERKATAAN MANIFESTO KEPADA PELAN TINDAKAN, KENAPA YER…
- PRN MELAKA: ADLY ZAHARI RASUAH PENGUNDI BUKIT KATIL DENGAN IKAN DAN TIMUN?
Lawati Laman Facebook kami