Liridon mungkin tak disenaraikan aksi Piala Suzuki AFF

Datuk Mohd Yusof Mahadi (belakang, dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Kumpulan Elite, Mohamad Farhan Mohamad Fawzi (belakang, tengah); Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar dan ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe (depan, dua dari kanan) serta maskot Little Joe pada majlis menandatangani perjanjian penajaan Little Joe dan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini. – Foto NSTP/Owee Ah Chun

Liridon mungkin tak disenaraikan aksi Piala Suzuki AFF

KUALA LUMPUR: Nama pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi berkemungkinan besar tidak akan tersenarai dalam skuad kebangsaan ke Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura, pada bulan depan.

Ia selepas pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan setakat ini Liridon tiada dalam perancangan pasukan kebangsaan berikutan pemain itu kekurangan minit permainan.

Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata pendekatan skuad kebangsaan adalah akan menilai prestasi terkini pemain sebelum memanggil mereka.



“Sepatutnya perkara ini (mengenai Liridon) jurulatih yang jawab, tapi ada sedikit perbincangan mengenai Liridon. Kita melihat Liridon tidak banyak perlawanan yang dia main dalam tempoh ini

“Jadi kita tak mahu masalah sama seperti kita pergi ke UAE (Emiriah Arab Bersatu) dulu yang mana pemain tidak berada pada tahap kecergasan terbaik.

“Setakat ini, Liridon tiada dalam perancangan sebab faktor itu (kurang beraksi). Kelayakan Piala Asia tahun depan, jadi bila dia sudah berada di India (bersama kelab Odisha FC), kita harap dia dapat bermain dan kita akan pantau.

“Kita panggil pemain berdasarkan prestasi terkini. Jadi saya fikir ikut prestasi terkini, sukar kita nak menarik Liridon masuk sebab kita tak nampak prestasi dia,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Little Joe dan FAM, di sini, hari ini, Mohd Yusoff menjelaskan kemungkinan pemain kacukan, Dion Cools pula hanya dijangka menyertai skuad Harimau Malaya untuk perlawanan ketiga Kumpulan B di Piala AFF Suzuki kerana terbabit dengan aksi bersama kelabnya, Midtjylland.



Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Singapura pada 3 Disember ini dan Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar menjelaskan pihaknya sedang merancang untuk mengadakan satu aksi pemanas badan berdepan Timor Leste.

Namun, Mohd Yusoff menjangkakan sukar untuk skuad kebangsaan mengadakan aksi persahabatan di Singapura nanti memandangkan tempoh persiapan bagi Piala AFF Suzuki yang sangat singkat.

“Memang harapan jurulatih sekurang-kurangnya ada satu perlawanan persahabatan, tapi saya tak pasti ia boleh berlaku kerana kita sampai (di Singapura) pada 3 Disember dan 6 Disember perlawanan pertama. Jadi saya tak nampak ia akan berlaku,” katanya.

Jadual Kumpulan B:



6 Disember: Kemboja mln Malaysia

9 Disember: Malaysia mln Laos

12 Disember: Vietnam mln Malaysia

19 Disember: Malaysia mln Indonesia



*Semua aksi di Stadium Bishan, Singapura

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi.

 

Liridon mungkin tak disenaraikan aksi Piala Suzuki AFF



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button