Taliban ganti patung pemimpin Hazara dengan al-Quran
Taliban ganti patung pemimpin Hazara dengan al-Quran
KABUL: Taliban menggantikan patung seorang pemimpin Hazara yang diisytiharkan sebagai syahid negara oleh bekas kerajaan dengan replika al-Quran, kata penduduk Bamiyan hari ini dengan tindakan itu menurut mereka boleh mencetuskan keganasan.
Patung asal itu menggambarkan seorang pemimpin minoriti Syiah, Abdul Ali Mazari, yang terbunuh semasa dia menjadi tawanan Taliban ketika pertama kali mereka mengambil alih pemerintahan.
Patung itu dipancung menggunakan roket bom tangan tidak lama selepas Taliban kembali berkuasa pada Ogos lalu.
Penduduk di tengah bandar Afghanistan mendakwa Taliban bertanggungjawab ke atas insiden itu.
Tafsiran tegas Taliban terhadap Islam melarang bentuk manusia digambarkan dalam lukisan dan arca, dalam kes yang ekstrim termasuk foto dicetak.
Kebanyakan perniagaan mengalih atau menutup papan iklan dan poster memaparkan imej manusia sejak pengambilalihan kumpulan itu.
“Semalam, mereka mengalihkan sepenuhnya patung itu dan menggantikannya dengan replika al-Quran.
“Mereka cuba melenyapkan terus sejarah dari Bamiyan, masyarakat di sini akan mengambil tindakan keganasan atas tindakan berkenaan,”kata aktivis masyarakat di Bamiyan, Abdul Danishyar kepada AFP.
Tambahnya, dataran itu yang dinamakan bersempena nama Mazari turut ditukar sebagai ‘jalan tentera’.
Patung Mazari terletak di tengah dataran Bamiyan, tempat Taliban meletupkan dua patung Buddha besar berusia 1,500 tahun pada 2001, sejurus sebelum penggulingan kumpulan itu susulan pencerobohan Amerika Syarikat (AS). – AFP
Taliban ganti patung pemimpin Hazara dengan al-Quran
Disyorkan Untuk Anda :
- “Saya yakin kemenangan kepada BN” – Latipah Omar
- Kesetiaan Rauf kualiti terbaik untuk Melaka – Shahaniza
- PRN MELAKA: PH TUKAR PERKATAAN MANIFESTO KEPADA PELAN TINDAKAN, KENAPA YER…
- PRN MELAKA: ADLY ZAHARI RASUAH PENGUNDI BUKIT KATIL DENGAN IKAN DAN TIMUN?
Lawati Laman Facebook kami