Di Maria penyelamat Argentina

Di Maria penyelamat Argentina

Di Maria penyelamat Argentina

MONTEVIDEO: Gol Angel Di Maria meletakkan Argentina semakin hampir ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar selepas menewaskan Uruguay 1-0.

Lionel Messi yang bermula di bangku simpanan, dimasukkan oleh pengendali Lionel Scaloni pada 14 minit terakhir selepas baru pulih daripada kecederaan lutut dan hamstring yang menyebabkannya terlepas dua perlawanan bersama Paris Saint-Germain.



Jaringan awal Di Maria dalam aksi di Stadium Campeon del Siglo, Montevideo itu menjadi pemisah perlawanan yang lebih dikuasai oleh tuan rumah Uruguay.

Argentina – yang belum tewas dalam 26 perlawanan – akan layak ke pusingan kahir Piala Dunia sekiranya mereka menewaskan Brazil Selasa ini dan salah satu daripada tiga pasukan – Colombia, Chile atau Uruguay gagal merakam kemenangan.

Reaksi pengendali Argentina, Lionel Scaloni ketika menentang Uruguay di Montevideo, sebentar tadi. – Foto AFP

“Pasukan ini mempunyai keberanian dan jika anda tidak bermain dengan baik, anda masih perlu menang. Menang hari ini adalah langkah yang besar. Kami berhak mendapatnya selepas berusaha keras,” kata penjaga gol Argentina Emiliano Martinez.

Kekalahan meletakkan Uruguay dalam kelompok play-off, di belakang Colombia dan Chile yang mengisi slot kelayakan automatik terakhir berdasarkan perbezaan jaringan. – AFP



Penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera (kiri) gagal menepis keluar sepakan penyerang Argentina Angel di Maria. – Foto EPA

Pemain pertahanan Uruguay, Martin Caceres (kiri) mengasak penyerang Argentina, Lautaro Martinez. – Foto EPADi Maria penyelamat Argentina

Di Maria penyelamat Argentina


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading