4 wanita hilang mendaki di Tawau

4 wanita hilang mendaki di Tawau
TAWAU: Empat wanita dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Pancang Tinagat, dekat sini hari ini.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Julius John Stphen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 8 malam tadi.
Katanya, kesemua mangsa dipercayai mula melakukan aktiviti riadah itu sejak awal pagi sebelum difahamkan gagal mencari jalan keluar.
“Setakat ini maklumat mangsa belum diperoleh dan bomba giat melancarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan bukit berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, malam ini.
Bukit Pancang Tinagat setinggi setinggi 392 meter antara lokasi mendaki popular di Tawau dan terdapat Rumah Api Tinagat setinggi sembilan meter, dibina pada tahun 1916 oleh British.
4 wanita hilang mendaki di Tawau