Remaja dipercayai dibaham buaya

Remaja dipercayai dibaham buaya
Anggota bomba menaikkan mayat seorang remaja yang dipercayai dibaham buaya di Sungai Batang Paloh – Foto NSTP/Bomba

Remaja dipercayai dibaham buaya

TANJUNG MANIS: Mayat remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Batang Paloh, di sini, malam Khamis lalu ditemui hari ini dengan separuh badannya dan kedua-dua tangannya hilang dipercayai dibaham buaya.

Mayat Alex Rudy Roy Ali, 17, ditemui terapung oleh penduduk kampung pada jam 9.30 pagi di jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya mengambil mayat berkenaan dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak lengkap apabila bahagian pinggang ke bawah dan tangannya didapati hilang

“Bomba mengambil mayat mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, berdasarkan keterangan rakannya, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, Khamis lalu, mangsa bersama dengan dua rakannya sedang duduk di jeti di tepi sungai berhampiran dengan rumah panjang, Rumah Wun, Bekarkong, Tanjung Manis.

Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba berkelakuan pelik apabila tanpa berkata apa-apa menanggalkan bajunya dan terus terjun ke dalam sungai.



Menyedari mangsa tidak muncul semula di permukaan selepas tiga minit, dua rakannya turut terjun ke dalam sungai untuk mencarinya, namun usaha mereka gagal.

Kedua-dua rakannya kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada penduduk rumah panjang sebelum bomba dimaklumkan mengenainya pada jam 11.11 malam, Khamis lalu.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan sebaik menerima maklumat itu, namun keadaan gelap menyukarkan pencarian dan operasi kemudian diteruskan semalam membabitkan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis dengan bantuan penduduk kampung.

Remaja dipercayai dibaham buaya


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button