Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor mendera bekas isterinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.



“Ya, saya sahkan kita ada terima laporan kes itu yang akan disiasat mengikut seksyen berkenaan,” katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bekas isteri ahli politik dari Parti Amanah Negara (AMANAH) itu membuat laporan polis dan mendakwa didera ADUN itu pada 21 Ogos lalu.

Difahamkan, pasangan itu memfailkan kes perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Langat baru-baru ini.

Wanita mangsa dera itu dipercayai isteri ketiga ADUN itu yang sebelum itu dikatakan sudah menceraikan isteri pertama dan kedua ketika perkahwinan mereka.



Dia mendakwa bekas suaminya itu mahu berkahwin semula dengan bekas isteri kedua namun tidak mendapat persetujuannya menyebabkan perkahwinan mereka mula goyah.

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button