Hafizh bertarung di Kejuaraan Superbike Dunia musim depan

Hafizh bertarung di Kejuaraan Superbike Dunia musim depan
Prinsipal Pasukan MIE Racing Honda Team, Midori Moriwaki (kanan) mengucapkan tahniah kepada Hafizh Syahrin yang menyertai pasukan itu bagi saingan WSBK musim depan.

Hafizh bertarung di Kejuaraan Superbike Dunia musim depan

KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah memasuki karier perlumbaan baharu apabila mengumumkan menyertai Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) bermula musim depan.

Pelumba berusia 27 tahun yang mempunyai lapan tahun pengalaman di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2 dan MotoGP, bakal menyertai pasukan MIE Racing Honda Team menggunakan jentera CBR1000RR-R.

Hafizh yang dikenali dengan julukan El Pescao itu digandingkan bersama pelumba Argentina, Leandro Mercado yang pada ketika ini berada di tangga ke-21 keseluruhan dalam carta pelumba bagi kelas perdana di WSBK, WorldSBK.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Midori Moriwaki (Prinsipal Pasukan) kerana bertemu saya di Valencia, tempat terakhir saya di Kejuaraan Dunia sebagai pelumba Moto2.

“Saya akan berlumba di WorldSBK pada tahun 2022 dengan MIE Racing Honda Team. Harap dapat buat yang terbaik. InsyaAllah, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk tahun 2022 nanti,” kata Hafizh.

Sementara itu, Moriwaki gembira untuk mengumumkan barisan pelumbanya bagi musim 2022.

“Kami sudah mengikuti perkembangan karier Hafizh di sepanjang tahun, malah sejak dia mula menyertai perlumbaan wildcard dalam kelas Moto2 lagi bersama motosikal Moriwaki (di Grand Prix Malaysia 2011) pada usia 16 tahun.

“Dia adalah antara salah seorang pelumba yang kuat dan muncul daripada kancah perlumbaan yang rancak dan kompetitif di rantau Asia, di mana motosikal menjadi sesuatu digemari dan sukan popular.

“Hafizh seorang yang sangat berbakat dan kompetitif dan akan menjadi satu tambahan berharga buat pasukan kami dan juga Kejuaraan Superbike Dunia,” kata Moriwaki.

Hafizh bertarung di Kejuaraan Superbike Dunia musim depan


Leave a Reply