PENGARAH MUZIK, MOKHZANI ISMAIL DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA JASA NEGARA

PENGARAH MUZIK, MOKHZANI ISMAIL DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA JASA NEGARA

Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN).

Mokhzani, 60, berkata, penghargaan itu diberikan itu atas kapasitinya sebagai anak seni ini dan dirasakan paling bermakna buat dirinya.



“Saya sudah pun mendapat dua anugerah Datuk iaitu Datuk Panglima Putra Jamalulail (DPPJ) dan Datuk Paduka Mahkota Perlis (DPMP) dari Perlis serta Datuk Paduka Mahkota Pahang (DPMP) dari Pahang. Tapi, ini adalah anugerah tertinggi PJN bergelar Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong dan sebagai anak seni sudah tentu saya berasa terharu diberikan pengiktirafan ini.

“Kadangkala kita melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan dan sudah tentulah tersentuh hati apabila ia diberikan pengiktirafan apatah lagi di saat saya akan bersara dari jawatan Pengarah Muzik RTM pada tahun depan,” katanya kepada Harian Metro.

Istiadat yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini turut disiarkan secara langsung di TV1.


Disyorkan Untuk Anda :


Mokhzani yang sudah berkhidmat lebih 29 tahun dengan RTM dan lebih 20 tahun sebagai Pengarah Muzik sudah mencurahkan khidmat bakti kepada industri muzik negara sebagai seorang konduktor, komposer dan juga penggubah lagu.



Malah dia yang menjawat kerusi tertinggi sebagai Pengarah Muzik RTM dalam usia semuda 36 tahun, juga adalah pemain piano jazz yang sudah melakar nama diperingkat antarabangsa.

Mohzani berjaya mencipta nama sebagai pemegang dua rekod di dalam Malaysia Book of Record sebagai ahli muzik pertama yang dilantik sebagai duta antarabangsa piano Hagspiel, selain menjadi anak Malaysia pertama membuat persembahan secara langsung dari Tembok Besar China pada tahun 2015. Mokhzani sering diundang sebagai juri seperti dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) serta beberapa program berprestij lain.

Mengulas mengenai perasaannya, Mohzani puas kerana sepanjang pembabitan bersama RTM dapat membawa orkestra ke peringkat antarabangsa dan melatih pelapis-pelapis baharu ahli muzik.

“Sebenarnya banyak lagi perancangan nak dibuat seperti membawa orkestra mengikut saya ke China ekoran pelantikan saya sebagai duta antarabangsa piano Hagspiel. Namun apabila pandemik melanda, banyak aktiviti terpaksa ditangguhkan. Sedar-sedar saya dah nak bersara,” tuturnya.



PENGARAH MUZIK, MOKHZANI ISMAIL DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA JASA NEGARA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button