Minyak dagu!!! Jangan baca kalau tidak kuat

Oleh Mohd Armi Suraidi



Dikalangan sahabat2 saya, ramai yg telah mendirikan rumahtangga dan beranak pinak. Tetapi salah seorang sahabat saya ini agak liat utk bertemu jodoh. 

Kalau diikutkan, kerjaya sudah agak stabil. Paras rupa pun sedap mata memandang ,sedap lagi penumbuk di hayun.

Ketika saya bertemu kembali dgnnya di majlis reunion sekolah, saya ada berseloroh tentang jodoh. Beliau seakan menunggu soalan itu dari saya rupanya.

Mengikut beliau, beliau telah lama meminati seorang gadis yg bekerja sekali dgnnya. Tetapi beliau malu untuk menyatakan hasrat menyunting bunga di halaman rumah bapa gadis itu.

Beliau bertanyakn saya apakah cara utk mendekati gadis itu.



Perihal cinta sememangnya lauk kegemaran saya. Pertama sekali, chemistry yg paling penting dlm perhubungan.

Apakah yg diminati oleh gadis itu tnya saya kepadanya.. beliau hanya tahu yg gadis itu amat meminati artis Dan filem Hindustan Dr stalking beliau pd wall paper Salman Khan di PC gadis itu Dan gambar SRK pd casing telefonnya.

Kucing gadis itu juga bernama inspektor shahab.

Jd Sy mencadangkn beliau utk menunjukkn minat dlm industry perfileman Bollywood.

Tetapi jgn ketara sngt, buat mcm kebetulan meminati Hindustan.



Sbg contoh Sy berikn saranan kepada beliau utk menyanyikan lagu Hindustan secara humming di dlm toilet ofis atau pn secara tidak sengaja memberi Salam dgn menyentuh kaki bos mcm aktor Hindustan buat dlm filem.

Beliau juga patut menyimpan jambang Dan memakai kurta pd Hari jumaat.. beliau menganguk angguk ketika menerima saranan Sy itu..

Setelah sekian lama, Sy ada mendengar Khabar yg sahabat Sy sekarang memencilkn diri dr kawan2.

Sy agak terkejut dgn perkabaran itu. Sy menghubungi beliau Dan mengajaknya berjumpa.

Masalah takkan selesai dgn memencilkn diri. Beliau meminta Sy utk berjumpa di rumahnya. Menurutnya, dia malu utk bersemuka dgn masyarakat.

Sy agak pelik, tetapi Sy gagahkn juga semangat demi sebuah persahabatan.. beliau meminta Sy utk dtg ke rumahnya pd waktu mlm.

Ketika Sy sampai di rumahnya, dia menunggu Sy d kerusi di laman rumahnya.. kepalanya berselubung.. setelah berbasa basi menanyakan Khabar, Sy bertanya kenapa beliau se akan memakai niqab..

beliau dgn perlahan membuka selubung itu.. Sy terkejut dgn perubahan pd wajahnya.. dagunya agak berlainan Dr yg Sy knal dulu.

Dagunya kelihatan panjang seperti ahli gusti the great Khali.. atau dlm istilah perubatan orthodontics, jongang bawah. Beliau menceritakan kenapa wajahnya berubah demikian rupa…

Setelah perjumpaan reunion dulu, beliau mengambil serius saranan Sy.. pd mulanya, hubungan beliau dgn gadis itu berjalan dgn lancar, tetapi gadis itu rupanya sudah berpunya.

Beliau mengambil langkah drastik utk mengambil hati gadis itu dgn merubah penampilannya agar lebih Hindustan. Beliau membeli sejenis minyak utk melebatkan jambang.

Dgn konsisten beliau memakai minyak itu selama seminggu. Tetapi berlaku perubahan pd struktur wajahnya.. mungkin alahan, tetapi beliau tetap gigih memakai lg minyak itu dgn harapan tubuhnya akan mencapai tahap imun.

Tetapi perubahan makin ketara.. mungkin ada pantang larang yg di langgar dlm mengamalkn minyak itu.

Sy meminta beliau menunjukkan minyak apa yg di sapu pada dagu dan rahangnya.. beliau mengeluarkan sebotol minyak dari poketnya Dan menghulurkn kepada saya.

Sy mengamati tulisan yg telah lusuh pada botol itu.. tertera perkataan MINYAK LINTAH GUNUNG. sy mencampakkan botol itu ke lantai Dan bgn meninggal sahabat Sy dlm kebingungan. Sy kebuntuan kata utk menerangkn kepada beliau apa yg telah berlaku…

Sekian… Mohon maaf jika cerita ini tidak menyeramkan..

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker